
Setelah diperhatikan isu-isu yang berkaitan dengan Noh Kotak, barulah aku terperasan bahawa Noh Kotak ini bukan main lagi berlagak sifatnya. Mungkin bila merasakan ada jawatan di dalam kementerian, ada sedikit pengikut, ada duit sedikit seseorang itu mungkin tanpa sedar telah menjadi seolah-olah berlagak. Bercakap bukan main gah tetapi malangnya tidak ada motif, mahu menyelamatkan rakyat dan membela kesihatan rakyat kononnya, tetapi tidak masuk dek akal fikiran, terkantoi pula pekung di dada. Di mulut yang keluarnya kotak, tetapi duit yang dikejar sebenarnya.
Disini aku tertarik dengan jawatan yang disandang Noh Kotak iaitu Menteri Pertanian dan Industri Asas Tan, Noh Kotak ini memang betul-betul berlagak. Rakan-rakan boleh bayangkan, di dalam Bajet 2009, Noh Kotak bukan main bersemangat ingin mengandakan hasil pengeluaran beras ke 86%! Dimana, sebelum-sebelum ini, tahap pengeluaran hanya berada di sekitar 70%. Sumber ruji Negara ingin ditambah sebanyak begitu, itu sudah bagus! Negara boleh mengurangkan import beras dan dalam masa yang sama mampu juga untuk mengeksport! Bagus betul Noh! Gembira juga lah ahli-ahli dewan berkenaan bile mendengar usul bernas daripada Noh Kotak ini dan apa lagi, berjuta-juta wang ringgit Negara telah disalurkan kepada bahagian Noh Kotak demi membantunya.
Seperti yang rakan-rakan jangkakan orang yang berlagak ini harapkan cakap beribut-petir sahaja. Masakan daripada tahun 2008 hingga kini, pengeluaran beras hanyalah 1.8% sahaja? Itu sahaja Noh? Bukan sepatutnya lebih kurang 16% yang perlu dinaikkan? Apa sudah jadi dengan duit Negara yang telah ditabur berjuta-juta tersebut? Setakat 1.6%, satu negeri poun belum tentu cukup dengan kuantiti beras tersebut. Mahu tengok apa si Noh ini berikan sebagai alas an? Ini dia rakan-rakan, setelah pengeluran tersasar jauh daripada jumlah bajet dan modal, ini dia alasanya “Pertambahan Penduduk Malaysia”??
Sudah terbukti, beginilah orang yang bercakap apabila tidak menggunakan akal fikirannya dan hanya mementingkan ego nya sendiri. Kerajaan bukan bodoh, sekadar berikan wang tanpa mengira kos pertambahan penduduk. Jadi, adakah Noh mahu mengaku kesilapannya? Tentulah tidak, berlagak satu hal dan masakan Noh hendak beritahu kemana perginya wang berjuta tersebut. Itu sudah mengorek lubang kubur sendiri namanya. Tetapi saya percaya., rakan-rakan sudah kemana duit itu sebenarya.
Orang berlagak macam inilah, perbuatannya memang dilihat salah dan mencurigakan. Tetapi diambil tak kisah sahaja! Sudah puas mendapat habuan duit beras, habuan kotak pula mahu dikejarnya. Tidak cukup-cukup pengajaran dan teguran disitu. Orang berlagak katekan, mane mahu dihindarnya teguran dan pandangan orang lain. Yang penting, poket penuh sahaja dengan wang.
Sebenarya, ada lagi kisah yang ingin dikongsikan bersama rakan-rakan tetapi takut terlalu panjang pula. Muak pula rasanya nanti. Nantikan daripada aku tabiat-tabiat orang berlagak ini.
No comments:
Post a Comment