Terkejut aku bila terbaca keratan akhbar Utusan Melayu apabila Muhyiddin dengan baik hatinya telah melindungi Tan Sri Harussani Zakaria yakni mufti di Perak. Sungguh berani betul Muhyiddin kerana secara terbuka sanggup menyelar tindakan TG Nik Abdul Aziz Nik Mat yang mengecam Harussani yang dilihat ala2 RACIST!
Mana tidaknya, sebagai seorang Mufti seharusnya Harussani haruslah berfungsi sebagai pendamai antara kita yang berbilang kaum di tanah Malaysia ini. Bukannya beriya-iya dalam melaga-lagakan kita diantara satu sama lain.
Sebagai mufti yang pegangan Islamnya lebih tegar berbanding orang lain akan berkata seperti ini pula?
"Kenapa Pas tidak boleh bergabung untuk membentuk kerajaan yang sudah pasti akan memperoleh majoriti 100 peratus Melayu memerintah?"
100% peratus Melayu memerintah? Kalau macam itu, mana kita mahu letakkan kaum India dan Kaun China yang selama ini juga bersusah payah dan berhempas-pulas bersama kita di Malaysia ini? Bukankah di dalam Al-Quran sendiri mengatakan bahawa bangsa, kaum, pegangan agama tidak harus dibezakan? Pernyataan sebegitu juga seolah-olah memandang rendah dan tidak mengambil berat terhadap institusi bangsa-bangsa lain di Malaysia ini.
Jikalau begini coraknya, TG yang kita sendiri kenal sebagai seseorang sememangnya menegakkan ajaran Al-Quran tidak boleh dan tidak layak mengecam tidakan MUFTI yang dilihat terpesong daripada Al-Quran? Entah-entah, Muhyiddin sendiri tidak terperasan bahawa di dalam Al-Quran ada menyebut ;
Wahai umat manusia! Sesungguhnya Kami telah menciptakan kamu dari lelaki dan perempuan, dan Kami telah menjadikan kamu berbagai bangsa dan bersuku puak, supaya kamu berkenal-kenalan (dan beramah mesra antara satu dengan yang lain). Sesungguhnya semulia-mulia kamu di sisi Allah ialah orang yang lebih taqwanya di antara kamu, (bukan yang lebih keturunan atau bangsanya). Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui, lagi Maha Mendalam PengetahuanNya (akan keadaan dan amalan kamu).
Patutlah pun kawan-kawan, di dalam jiwa Muhyiddin sendiri terdapat ruang-ruang perkaumannya. Seperti isu-sebelum ini iaitu 1Malaysia yang mengangkat persamaan taraf antara kaum sememang dibenci oleh Muhyiddin. Maklumlah, anak buah Mahathir katakan.
Muhyiddn perlu berfikir panjang sebelum membidas seseorang yang memang dilihat pegangan agamanya lebih jelas dan Muhyiddin juga perlulah faham akan inti-inti Al-quran terlebih dahulu, takut-takut nanti perjuangan yang selama ini diusahakan tersongsang pula dengan ajaran Al-quran.
Ya, Muhyiddin dan Harussani
Memang ada bangsa didunia ini yang sememangnya betul-betul taksub dengan perjuangan bangsa ini. Bahkan, memang terang-terang dan seluruh dunia mengetahuinya. Bangsa apakah itu? Bangsa YAHUDI! MUSUH ISLAM!! Rakan-rakan, adakah perjuangan menjaga bangsa sendiri dengan cara memberikan layanan dan pandangan yang burok terhadap bangsa lain itu boleh dianggap betul jalannya? Tepuk dada tanya selaralah.
Bila sudah jadi macam ini, tanya pada diri sendiri. Salahkah tindakan TG Nik Abdul Aziz Nik Mat yang mengecam tindakan dan permikiran Harussani itu? Rakan-rakan, lihatlah betapa lemahnya pemerintah Malaysia sekarang. Macam manalah agaknya pemuda-pemudi Melayu, Cina dan India ingin dilihat makan bersama-sama, meluangkan masa bersama-sama sekiranya corak permikiran yang berbaur perkauman sendiri ditunjukkan kepada rakyat.
Kasihan..
Sunday, March 14, 2010
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment